Zon selesa

Assalammualaikum.

Pelik en kenapa tetibe tajuk zon selesa. Dah hilangkan segala kekusutan n baca ni. Jangan skip! Hiks. Ekceli, sedar tak sedar kita kenkadang manjakan diri. Nak tempat yg selesa. Semuanya selesa sebab dah terbiasa lah katanya. Bila kotor sikit, mula rasa tak senang. Mula kutuk dalam hati

' pehal tempat ni kotor beno '

Tp pernah kita fikir hati kita? Betapa kotornya bila kita sentiasa keluarkan statement negatif terhadap orang? Apa shj yg kita lakukan benonya pantulan diri kita. So does our heart.  Kalau selalu negatif, maka mesti ada masalah dengan diri dengan hati. Check! Peringatan. Untuk. Aku.

Oh ya, berbalik pd tajuk ( peh jauh aku pesong sampai ke hati ha ehem ) okay dah. Hm. Kadang kita harus ajar n didik diri untuk keluar dari zon selesa. Kenal en akh Allahyarham Ahmad Ammar? Dia nak jihad di jalan ALLAH. Dia nak keluar dari zon selesa dia sebab dia rasa dia dah lama sangat dengan zon selesa tu. Dia takmo. Dia nak keluar. Nampak en semangat jihadnya tinggi? Aku? Kau? Semua? Allahu... Tak caya? Type Ahmad Ammar kat youtube, pastu tadah mata telinga untuk lihat dan dengar serta hati untuk mendalami. Peh nangis! No doubt. K stop.

Dia kata sewaktu dia berada di bumi Syria, dia mimpi ALLAH bg ' hadiah ' kat dia. Tahu hadiah apa? Bidadari awok sekalianz :) Kita masih di zon selesa suka dia suka ni suka tu. Dia dok. Kawal batas sebaik mungkin. Nak cakap dengan hawa, sanggup minta tolong rakan lain (info drpd kawan). Berbeza en? Allahu... Kita lupa. Nikmat dunya sementara. Letak harapan kat manusia, jawabnya kecewa juga akhirnya. So apa lg yg boleh kita harap kan? ALLAH :) Tempat yg sepatutnya kita berpaut. Bukan dunya. Kita pandang pelik orang jemaah keluar beberapa hari nak jihad sampai ke luar negara. Well u know, pelik tu benonya kita. Kita masih lg di zon selesa. Mereka telah keluar berjihad. Mula berjinak jinak dengan zon tak selesa niat lillahi ta'ala. Kita? Peringatan. Untuk. Aku.

So sahabat fillah sekalianz, harini detik ini saat ini segala ini, moh kita renung renungkan diri yg penuh dosa ini. Ambil kisah Ahmad Ammar ini jd sebagai pelajaran dalam kehidupan. Aku pernah terdengar, bukan setakat dengar. Memang betul aku nak habaq ni, Imam Syafie berkata bahawa di dunya ini tempat kita berpenat lelah. Bukan penat kejar duit. Penat kejar redhaNya. Usaha cem esok yaumul akhirah (ecewah mementang belajau sikit Arab) ekekekeke. K dah.

Moga bermanfaat. Semua ni khususnya untuk aku tp harap bermanfaat untuk awok sekaliaz juga! *tekan media player, bukak lagu Zalzil Amna Isroil*

Ya Rabb, GEGARKAN LAH KEAMANAN ISROIL! K tetibe.

Yours sincerely,
Atiq

Salam alaik! :)

Comments

Popular posts from this blog

Hint? or just, Dream?

Rindu Atok n arwah Mak.

"Infinity" remains forever!